jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Tuesday, March 8, 2011

Mati Syaheed ( syahid fi sabilillah)


Assalamualaikum.. sahabat2 ku yg di sayangi kerana Allah..
moga sentiasa dlm pelindungannya..^_^
for the momment today mati syaheed".. dan kenapa profil name sya di fb mati syaheed juga..
sbenarnya ana letak nama nih kerana maksud nama saya sendiri syahidah-syahid.. nama nih di berikan oleh umi saya, sebenarnya syahidah ni bukan nama sebeanr ada nama lain
siti nurnashtasha" tak thu macam mana nama nih boleh wujud dalam hidup saya^_^ tapi ada hikmah di sebalik nama itu, alhamdulillah sya bersyukur kerana namaku yg sedap dan indah ini juga yg dapat sya gunakan sehingga hari ini dari umurku 13 tahun hingga skrg... after niyh dekat sekolah dekat mana2 and semua pekse dan sijil semua guna nama nashtasha ketika umur sya 6 thun hingg 12 tahun.. tapi akhirnya yg dapat menjejaki apabila kedua nama itu bergaduh2 namun siti syahidah nafisah juga yg bertakhta dlm diri sya dan sering di panggil oleh sahabat,teman, dan family saya.. syukur alhamdulillah..^_^

dan hari ini ana nak cerita tentang syaheed"
syaheed di sini bukan semata-mata kita pergi berjuang di jalan ALLAH
Dalam Islam, mati syahid (Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. ...
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tingg
al di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)

2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah
." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539)
Sabda Nabi SAW:

"Barangsiapa jatuh cinta,kemudian menahan dirnya ,tidak meluahkan perasaannya lalu mati,maka matinya itu ialah syahid."


Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. melihat tempatnya didalam surga
3. dilindungi dari azab kubur
4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Akhirul kalam dari saya ayuh kita semai di dlm dada kita utk mati syahid di jalan Allah...
meskipun kita rasa mana mungkin dapat mati syaheed tapi klu kita niat dan azam dalam hati utk mati syaheed mungkin dapat spt hadiz nabi saw: ~Barang siapa meminta mati syahid dengan ikhlas maka Allah akan memberinya sekalipun ia tidak berperang~(riwayat muslim dan hakim)..
wa'allhualam".. moga kita sama-sama dalam golongan ini... insya'allah biiznillah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...