jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Thursday, March 17, 2011

malam jumaat~



salam alaykum...
alhamdulillah..dapat juga saya menghabiskan surah al-kahfii.pulun utk mengahbiskannya,terkumat kamit lidah mengalunkan memecah sunyi malm di dalam bilik dgn alunan ayat al-quran.. x deklah panjang mana..

Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.

esok hari jumaat.hari jumaat adalah hari penghulu kpd sgala hari ia dinamakn sbgai (SAYYIDUL AYYAM) dan hari jumaat terdapat amalan khusus yg dimana klu kita mengamalkannya berganda pahala yg kita dapat..


Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.

kelebihan:

Membaca surah Al Kahfi. Nabi Muhammad ada bersabda
Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.

Memperbanyakan doa.
Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang mulim salat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit.

memperbanyakan selawat.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

= ayuh apa tunggu lagi.. jum kita tingkatkan kualiti dan kuantiti kita dan beribadah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...