jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Wednesday, March 23, 2011

Majlis Bersama Habib Mumzir Al-Mussawa..



MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH
AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
Pengasas & Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta .

1)Kunjungan beliau ke MASJID NEGERI, SHAH ALAM pada hari Sabtu, 21 Rabiul Akhir 1432/26 Mac 2011. Majlis bermula jam 7.00 petang

Aturcara majlis:

*Bacaan Wirdul lathif
* Azan/Solat Maghrib
* Bacaan Maulid ad-Dhiya al-Lame’
* Qasidah
* Ceramah oleh Habib Munzir (dalam Bahasa Melayu)
* Solat Isya’/bersurai.



2)Kunjungan beliau ke MASJID ALBUKHARY,JALAN HANG TUAH, KL pada hari Ahad, 22 Rabiul Akhir 1432/27 Mac 2011. Majlis bermula jam 7.00 petang.Majlis adalah bersempena dengan Haul Alhabib Umar Bin Abdul Rahman Alattas (Sohibul Ratib) & Alhabib Abdul Qadir Bin Ahmad Asseggaf

Aturcara majlis:

*Bacaan Wirdul lathif
* Azan/Solat Maghrib
* Bacaan Ratib AlAttas & Asmaul Husna
* Ceramah oleh Habib Munzir (dalam Bahasa Melayu)
* Solat Isya’/bersurai.

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Mohon disebarkan!!

Jazakumullah khairan kasiran

Sunday, March 20, 2011

langkah bermula di sini




kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi seorang halawatul al-quran..jum ke sini..
kejayaan pasti bermula disini menongkah langkah perjuangan..
jihad yg suci mencari redho ilahi...

Thursday, March 17, 2011

Jihad fi sabilillah~

langkah perjuangan ku bermula..
bila saya dah tak dek nanti jaga diri baik-baik,hiasi peribadi,yakin degn Allah..
ok..selamat tinggal..iluv you all because of Allah..

Solla alan Nabiyy'..

Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Kekasih-NYa ......

"Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad " ..
Ya Rasulullah Ya Habiballah Ya Nabi Allah
Salamun Salam Anbiya' Allah Khususan Muhammad Putra Abdullah s.a.w

Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Solli 'alaihi Wasallim
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Ballighul Wasilah
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Khus-sohul Bil Fhadilah
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Wardho 'Anis Sulala
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Wardho 'Anil Masyaikh
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Farham Walidina
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Nakhtim Bil Musyaffa'

" Allahumma Solli WaSallim WaBarikh 'Alaihi Wa'ala alih "

Ya Rasulullah Ya Nabi Allah Ya Allah
Kami mohon padaMU Ya Allah akan Hak Syufaat KekasihMu Penghulu Kami
Syufaatkan Kami Ya Allah Ya Rahman Ya Lathiff
Golongkan kami semua di dalam golongan mereka yang berhak mendapat
Syufaat kekasihMu penghulu kami Muhammad Putra Abdullah s.a.w

Allahuma Amin..

═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════
░▓ Allahümme Salli Ala Seyyidina Muhammed (s.a.w) ▓░
═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════

islamic nasheed

malam jumaat~



salam alaykum...
alhamdulillah..dapat juga saya menghabiskan surah al-kahfii.pulun utk mengahbiskannya,terkumat kamit lidah mengalunkan memecah sunyi malm di dalam bilik dgn alunan ayat al-quran.. x deklah panjang mana..

Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.

esok hari jumaat.hari jumaat adalah hari penghulu kpd sgala hari ia dinamakn sbgai (SAYYIDUL AYYAM) dan hari jumaat terdapat amalan khusus yg dimana klu kita mengamalkannya berganda pahala yg kita dapat..


Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.

kelebihan:

Membaca surah Al Kahfi. Nabi Muhammad ada bersabda
Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.

Memperbanyakan doa.
Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang mulim salat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit.

memperbanyakan selawat.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

= ayuh apa tunggu lagi.. jum kita tingkatkan kualiti dan kuantiti kita dan beribadah..

peribadi unggul~


Impian:-
~apabila hati sarat dgn cinta Allah. peribadi kita akan terdidik dengan cinta Al-quran..

Prinsip Hidup:-
~
~kalimah toyyibah adalah kalimah keramat! ia bukan sekadar lafaz tapi makna yg tersirat mempunyai perlaksanaan yg besar utk di laksanakan ia juga menjadi motivasi paling utama spy kita ikhlas melakukannya krn Allah taala..
~belajar sungguh-sungguh,islah diri dan hayati islam sepenuhnya..
~Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya melahirkan para ambiya’, auliya’, dan solohin yang unggul dan terbilang.

cita-cita:-
ãbdullah mutiah:hamba yang taat
bintu solehah :anak solehah
fataatu mutaddibah:remaja beradab
tolibah mumtazah:pelajar cemerlang
zaujah mahbubah:isteri yg disayangi
ummu aqilah:ibu yang cerdik
mujahidH MUKMINAH:pejuang agama yg beriman
muhfazah: menjadi seorng penghafaz al-quran.
last skali yg tertinggi..
syaheed fisabilillah:nak kembali jumpa Allah dlm keadaan mati syaheed..



═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════
░▓ Allahümme Salli Ala Seyyidina Muhammed (s.a.w) ▓░
═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════

subuh yang hening:.

Telefon bimbit umi berirama dgn nada lagu ya Rasulullah"..ku lantas bangun dari pembaringan lidahku bergerak mengalunkan duá dan selawat.. syukur allah masih pinjamkan nyawa utkku.. mata yg terjepam ku buka seluasnya,jam mennjukkan 5.12pagi..niat dlm hati smalm nak sahur..memandang ke arah umi yg sdg bertahajud..ku mencari sekujur tubuh adikku yg tidur di sebelahku semalmn..mana udak kecik nih bukan smelam dye tidur kat cni ke? lantaklah budak tuh..! lantas ku terus bangkit dari tempat tidur,saat ku memijak lantai di bilk umi.tersa bagai ada sesuatu benda.. ya Allah adik kat bwah ni rupanya.. mcm manalah boleh smpy bwh niyh..! dahsyat betul budak nih tidur.. hati ku berdetik sendiri..

langkah ku terus menuju ke bawah menuruni anak tangga.. membuka semua lampu yg ada terus menju ke bilik air ..setelah dari itu menuju ke dapur utk menyediakn hidangan bersahur.. tibe-tibe.. satu bunyi masuk terus ke gendang telinga ku, lantas ku pandang ke arh bunyi itu..keluarlah seekor tikus yg agak gemok berlari anak masuk ke belakang peti ais..mulutku tetibe mengeluarkan bunyi yg agak kuat..Aaahhhhh...' haish tikus nih cam x dek tempat lain nak main"..nasib baik da selalu nampak tikus klu benda lain macam manalah kan...tangan ku dgn pantas mencapai jug dan sudu sambil ekoran mataku masih lagi melihat ke arah yg sama takkut tikus tuh keluar lagi je..
serelah selesai ku membancuh susu..umiku turun bawah dgn nada pelahan: knp jerit tadi".nampak tikus..: o0oook....

menu hidangan sahur air susu+nestum,kismis,madu dan kurma serta beberapa keping roti berjem coklat netello..mubless..alhmdulillah dpt maknan sunnah :)
lantas ku teus menapk kaki naik ats utk mengerjakan silat sunat tahajjud..harap2 sempat...
"Rasulullah saw pernah bersabnda,2 rakaat yg dikerjakan oleh hamba pada aktu mlm adalah lebih baik darii dunia seisinya.Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kpd umatku,aku wajibkan kedua rakaat itu ke ats mereka..

setelah selesai solat.. umi mngajak ku ke masjid..jum.~rindu benar saya ngan masjid..
saat di dalam kerete itu'."subhanallah cantikkan bintang dan bulan maha suci allah yg menciptakan ujarku..isfahan dan ali imran memerhati langit nan tinggi ..suasana malam ke pagi itu begitu sepi,tenang dan damai..
"malam itu gelap gelita tapi ia amat indah.di dalamnya tersirat 1001 rahsia.bagi para anbia,aulia,mugorrobin dan solihin. mereka sentiasa rindu malam.ibarat pngantin menanti malm pertama.knp malmlah masanya,saat memandu cinta dgn pencipta alam semesta.hingga Abu Sulaiman pernah berkata jikalau tidak kerna malam nescaya aku tidak suka kpd dunia ini.. hebatnya kecintaan para ulama terhadap waktu malam lembut bicara umi beralun di pendengaran ku dan adik2..umi teus menyambung..

ïndah lagi klu malam kita hiasinya dgn cinta kasih bersama Allah.pada waktu mlm,Allah menurunkan para malaikat utk memberi rahmat kpd hambanya yg sdg beribadah.bertebaranlah para malaikat di bumi mencari hamba yg ikhlas beribadat utk disampaikan rahmat Allah dan diaminkan doanya, pda waktu mlm juga akn ada satu ketika iaitu sesiapa yg berdoa ketika itu akn di kabulkan sgala hajatnya.solat pda waktu malam juga,lebih terasa maknanya,byk mnfaat dan pahala.. sayadan adik khusyuk mendengar tiada suara menyampuk,diam seribu bahasa..

'agungnya tahajjud sehingga rasulullah sanggup mengungkapkan sedemikian rupa.jiwaku berbisik muhasabah diri'bukannya sng nk bangun mlm,memerlukan mujahadah yg sgt tinggi,berperang besar dgn hawa nafsu bukannya mudah.hanya org yg gigih mencari cinta Allah shj mampu hidupkannya..mampukah aku?? hatiku berbisik lagi-sampai di perkarangn masjid..`setelah solat subuh berhjemaah dan bacaan yassin..kami beredar dari tempat solat..sesampai adikku masuk ke dalam kereta"syahidah ada org kirim salam..'..dlm hati AStarfirullahalazim..ya allah bebudak tahfiz x habis2 lagi apa mau jadi..korang ingt aku nak balas salam korang tuh..30 juzu'tak lepas ada hati...
'adik cakap kat diorg syahidah x nak jwb salam sbb mana boleh lelaki kirim salam,bagi salam,dan jawab salam kepada perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan perempuan juga tak boleh buat sedemikian rupa hukumnya'"HARAM"..
"Alah diorg saje je!
"klu saje je pun tak boleh juga.Allah marah kita buat benda yg allah larang..takuttilah Allah.. apa po syaheed x nak jwb..:P.
macamanalah diorng nih nak mujahadah, manalah kekuatan prinsip al-quran yg mereka amalkan tuh....
umi hanya mengukir senyuman manis di bibirnya yg cantik bak limau manis..^_^

Wednesday, March 16, 2011

.:cekal:.



ya Allah, thanks, for open the door of hidayah and tarbiyah for me.
O Allah, you know what in my heart,so, please, help me to strength my IMAN, please support me to be a Muslim Rabbani.
yaAllah, show me the way to win Your Pleasure.
O Allah, please, grant me paradise!

"If you ask, then ask Allah, and if you seek help, seek help from Allah. And know that if the nation were to gather together in order to give you some benefit, they would not bring you any benefit, except with what Allah has written for you."

"Suplicate to Me and I will answer you" [Quran Ghaafir:60]

post~




~tanamkan malumu
~tundukkan pandanganmu
~tegaskan kalimahmu
~teguhkan pendirianmu
~tsbatkan hatimu...

AKU c.u.b.a

Tuesday, March 15, 2011

kiamat kecil....

Assalamualikum wbt.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.





Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

= Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

di petik dari :facebok

Cinta ALLAH..




`~hidayah dan petunjuk milik ALLAH bukan milik kita.ia boleh di cari.Allah memberikannya kpd org yg mencari.
~yakin dgn Allah,berusahalah sedaya upaya mendekatkan diri dgn Allah pasti ada ganjaran cinta Allah menanti..

*klu nak lebih jelas sila klik pada gambar..

Cinta kerana Allah...



Assalamualikum warahmatuallahi wabarakatuh

mood:saya pernah terfikir tentang remaja2 yg bercinta..apabila mereka sudah biasa dengan maksiat, mereka x mampu utk knal maksiat itu sendiri. mungkin ALLAH telah mengazab mereka jauh dengan-nya, lantaran mereka membiasakan diri mereka dgn maksiat tanpa menyucikan hati. moga kita semua di jauhkan Allah dari hal ini. namun ada satu perkara yg sering bermain di minda.
persoalan: Adakah bercinta kerana ALLAH itu melalaikan...????

natijahnya: ciri-ciri yg di maksudkan adalah cara bercinta itu sendiri krn allah..bgaimana ye??

"Cinta adlh perasaan jiwa dan tarikan hati. ia adlh fitrah islam mengiktiraf cinta fitrah ini dan menggariskan 3 perinkat cinta iaitu cinta agung,cinta pertengahan dan cinta hina..

1- cinta paling agung sudah tentu cinta kpd Allah,rasul dan jihad di jlnnya.tiada cinta yg boleh menyamai cinta ini..

2-cinta pertengahan ialah cinta yg terhasil drpd ikatn seseorng dgn seseorg yg di kasihinya sama ada dengn ikatan akidah,keterunan,kkeluargaan,kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan

3-cinta yang hina ialah cintakan taghut,syaitan musuh-musuh allah,hawa nafsu syahwat dan mengutamakan kasih terhadpa ibu bapa,anak2,isteri,keluarga, perniagaan dan kasihkan negara melebihi kasih Allah dan rasul dan jihad di jalannya".

"Sebenarnya dlm islam tidak ada langsung istilah cinta bagi mereka yg masih belum ada ikatan perkahwinan.lihatlah 3 peringkat cinta di gariskan,adakah islam mengiktiraf cinta kpd teman lelaki? hatta cinta kpd tunang pun x diiktiraf inikan pula kpd tman lelaki.. Bagaimana kita boleh menganalisis ciri2 pasangn yg bercinta krn Allah jika istilahnya pun x diiktiraf? ingat, hal ini berbeza dgn 2 org insan yg salng jatuh cinta krn Allah dan menahan dirinya drpd asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkanya.Cinta yg hakiki adalh milik ALLAH itu sendiri, kemudian Rasul-nya, kemudian barulah selain mereka.

= kadang2 manusia tersalah anggap cintanya krn ALLAH padahal penciptaanya menyebabkan makhluk di angungkan drpd pencipta sendiri.. mungkin matlamat da betul cuma jalm nya tak selaras dan tak cocok dgn syariat dan perbatasan..
= tapi klu dah tak sabar elok lah di percepatkan krn dalm islam ada 3 perkara yg perlu di segerakan..
1-apabila solat telh masuk waktunya
2-jebazah yg hendak di kebumikan
3- apabila anak gadis sudah bertemu calon suaminya..

~sebelum kawin andai terbit rasa cinta antara 2 org,mereka perlu di segera jodohkan. bukan sng nak mujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorg..lagipun bila cpt kawindpt mengurangkan maksiat hati yg di lakukan sepanjang percintaan... syariat tetap terpelihara barulah cinta Allah sinar dari hati...."..

insyaállah Waallahua'lam bissawab..
ilal liqo''..

Malam Itu...

Assalamualaikum wbt.
alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi.. masih lagi di kurniakan nikmat iman dan islam serta dapat menghirup udara malam yg sungguh nyaman di bumi syah alam ini..

pada malam isnin saya dan umi kak ikin, ali imran dan isfahan.. menjejakkan kaki ke i-city syah alam.. planning niyh sebenarnya tak dirancang tetibe je.. coz pak cik ja'faruddin tanya pada kami waktu itu kami sudah selesai solat magrib(sedang menunggu di parking kereta luar kawasan masjid)..
pak cik tanya: nak ke mana nih?
sya pun jawab solannya: kami nak ke syah alam..
pakcik: nak ke i-city ke?
ali imran :x, nak anta kak ikin gi uitm..
pakcik..: o0ooo
isfahan: dengan semngatnya berlari menuju ke umi yg baru hendak keluar dari kawasan masjid.. then dye cerita..bla..bla..bla..
umi: nak gi icty x?
syida: boleh jep...
ali imran: jum.....
sakinah: tercengang2.. antara nak ngn tak nak coz malam tuh dye ada meeting.. taapi nasib baik ok jep.. hehehe
alhamdulillah..
~ kereta grand livina meluncur laju menuju ke destinasi..~






pemandangan di icty~byk nyer lampu.. x rasa cam membazir ke? ^_^


di antara salah satu sunnah nabi saw adalah memanah archery.. n mounted berkuda..
saya tak sangka ingtkan tempat ni hnya ada lampu-lampu yg membazirkan eletrik tapi ada juga aktiviti yg seronok..:D
but the way saya hanya mampu melihat..@_@.. itulah kerja saya hari-hari heheeheh..




permandangan di malm itu.. i-city syah alam..

thank you umi coz sudi bawa kami jalan-jalan.. walaupun x berapa best namun dapat cuci mata malam-malam macam nih...

akhir sekali geli sangat sbb baru je nampak ular sawa yg besar sangat...
eieeeee.. gelinyer...
forst time saya lihat depan mata sendiri..@_@

Baituz zahra''







perrjuangan ku bermula disini..
madrasah ku syurgaku...

Monday, March 14, 2011

kau kawan sahabat dan teman


today:
saya nak tukar lagu niy coz sya selalu rindu kat teman kawan dan sahabat saya dari sekolah tadika hingga ke madrasah... thank tou 4 all my fwenz....

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Friday, March 11, 2011

Majlis Mahabbah Rasulullah Saw..

Assalamualaikum...
alhamdulillah , Kita perlu memanjatkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan nikmat kehidupan oleh Allah SWT. majlis mahabbah Rasulullah saw peringkat kedua di musolla Az-zahra'berjalan dengan lancar.. dengan kudrat dan eradat nya.pada tarikh 11-3-2011, jam 7.30pm sehingga 11.00 malam sabtu.selawat dan salam buat penghulu segala nabi,,walaupun bulan rabiul awwal telah menutup tirai namun bukan bermakna sudah tidak ada majlis maulud.. hari kelahiran nabi ini bila-bila masa boleh di sambut selagi kecintaan kita buat Muhammad Saw tidak padam.. dan selagi kita mahu syafaat nabi selagi itulah kita meraikan nabi Saw..
majlis pada malam itu sungguh bermakna bagi pencinta-pencinta nabi dgn di mulai solat maghrib berjemaah , zikir, selawat ke atas nabi, berzanji, persembahan nasyid dan puisi danceramahyg di sampaikan oleh ust Zulramli,,. Moga majlis ini dapat meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Nabi SAW..
sayangi dan cinta nabi saw daripada cinta kpd diri kita sendiri...:
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi, “Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”..
cinta nabi tandanya iman kita telah pun sempurna.. selagi kita tidak merasa nikmat utk mencintai nabi maka tiadah sempurna iman kita..:Sabda nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”





~penceramah ust Zulramli~'

kanak-kanak yg memekak perlu letak di atas supaya tidak
menggangu majlis
persiapan menyediakan pai buah..ñyummi~~

zikir munajat dan selawat yg disampaikan oleh pelajar imtaz
selawat ke tas nabi saw..

barangsiapa yg cinta kepadaku maka ikutilah sunnah ku,...:)

Thursday, March 10, 2011

.:sayu hati:.

Hadis Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042) (Sahih Muslim)

Wednesday, March 9, 2011

sad and disappointed



Salam Alaykum....

today i feel very sad and disappointed that the attitude of my brother that has changed since he got married ..... suddenly he was angry with me. so that makes me shed tears ..:='(..
I went into the room. and the balance, after a while I let my tears spill continues, I continue to take wudu 'and pray asar ....
I felt that I was too empty soul I suffered with tarbiyyah ..
O God help me ... I get stuck .. the way my life feels empty and pointless .... to this when ya allah ... forgive me my sins .. I beg the best of my life .

.

Tuesday, March 8, 2011

Mati Syaheed ( syahid fi sabilillah)


Assalamualaikum.. sahabat2 ku yg di sayangi kerana Allah..
moga sentiasa dlm pelindungannya..^_^
for the momment today mati syaheed".. dan kenapa profil name sya di fb mati syaheed juga..
sbenarnya ana letak nama nih kerana maksud nama saya sendiri syahidah-syahid.. nama nih di berikan oleh umi saya, sebenarnya syahidah ni bukan nama sebeanr ada nama lain
siti nurnashtasha" tak thu macam mana nama nih boleh wujud dalam hidup saya^_^ tapi ada hikmah di sebalik nama itu, alhamdulillah sya bersyukur kerana namaku yg sedap dan indah ini juga yg dapat sya gunakan sehingga hari ini dari umurku 13 tahun hingga skrg... after niyh dekat sekolah dekat mana2 and semua pekse dan sijil semua guna nama nashtasha ketika umur sya 6 thun hingg 12 tahun.. tapi akhirnya yg dapat menjejaki apabila kedua nama itu bergaduh2 namun siti syahidah nafisah juga yg bertakhta dlm diri sya dan sering di panggil oleh sahabat,teman, dan family saya.. syukur alhamdulillah..^_^

dan hari ini ana nak cerita tentang syaheed"
syaheed di sini bukan semata-mata kita pergi berjuang di jalan ALLAH
Dalam Islam, mati syahid (Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. ...
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tingg
al di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)

2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah
." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539)
Sabda Nabi SAW:

"Barangsiapa jatuh cinta,kemudian menahan dirnya ,tidak meluahkan perasaannya lalu mati,maka matinya itu ialah syahid."


Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. melihat tempatnya didalam surga
3. dilindungi dari azab kubur
4. dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
6. dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Akhirul kalam dari saya ayuh kita semai di dlm dada kita utk mati syahid di jalan Allah...
meskipun kita rasa mana mungkin dapat mati syaheed tapi klu kita niat dan azam dalam hati utk mati syaheed mungkin dapat spt hadiz nabi saw: ~Barang siapa meminta mati syahid dengan ikhlas maka Allah akan memberinya sekalipun ia tidak berperang~(riwayat muslim dan hakim)..
wa'allhualam".. moga kita sama-sama dalam golongan ini... insya'allah biiznillah..

Sunday, March 6, 2011

detik Hatiku~

Ku bangun dari mimpi dengan dada yang penuh sesak,

Tidur yang sebentar kerana jasad yang terlalu kelemahan,

Jiwa yang penuh kerinduan.

Dalam tahajjudku, aku menangis,

Mengadu padaMu, meminta padaMU,

Agar dihantarkan sebuah kekuatan,

Sungguh, bukan mudah untuk mencari kekuatan,

Bukan mudah melahirkan ketabahan,

Kadang-kadang terlintas di benak fikiranku,

Alangkah mudahnya dan bahagianya menjadi si kecil itu,

Yang bersih hatinya,

Jauh dari noda,

Tidak perlu pula mencari jawapan bagi segala bagai masalah,

Tidak perlu juga mencari penenang bagi sebuah perasaan,

Bahagia sentiasa meneruskan sebuah kehidupan,

Tenang diwajahnya yang sentiasa kelihatan,

Sentiasa diberi perhatian..kasih sayang..

Ya Allah,

Apakah aku dikatakan kufur pada nikmatMu,

Andai aku terus menerus berfikiran sedemikian?

Ku tatap kepada sebuah kata-kata yang dahulunya tidak ku dapat nilaikan,

"KADANG2 KITA MINTA KEPADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR,DIA AKAN BERI KAKTUS BERDURI..APABILA KITA MINTA KUPU2 YANG CANTIK DIBERINYA ULAT BERBULU..KITA AKAN KECEWA DAN SEDIH..NAMUN SEBENARNYA KAKTUS ITU BERBUNGA DENGAN INDAH SKALI DAN ULAT ITUPUN MENJADI RAMA2 YANG INDAH DAN MEMPESONAKAN..ITULAH JALAN ALLAH...INDAH PADA MASANYA DAN DIA TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TETAPI DIA MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN..KADANG2 KITA AKAN SEDIH...KECEWA..TERLUKA..TETAPI JAUH DI SUDUTNYA DIA TELAH MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA..."



Rabbi ya Rahman..

Aku, menanti rama-rama itu dengan satu kesabaran dan ketabahan diatas jalanMu,

Aku berusaha dan terus berusaha untuk teguh,

Menanti sebuah keindahan yang bakal mewarnai kehidupanku.

Ku menatap pula sebuah kalamMu dalam mencari jawapan,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa bila dia berdoa kepadaKu-alBaqarah:186

Benar! Kau bersamaku.

Pastinya, aku tidak keseorangan..

Ya Allah, kerana ku tahu Kau dekat padaku,

Dan hanya kepada Kau aku mampu untuk meminta dan meletakkan segalanya,

Jadi akanku letakkan pergantungan padaMu kini,

Sesuatu yang menjadi impian,

Impian yang ku yakin akan berlaku, kerana yakinnya aku padaMu,

Tuhan yang tidak pernah mensia-siakn hamba-hambaNya,

Dan Tuhan yang sentiasa menghantar sebuah perjalanan terbaik bagi sebuah kehidupan.

KepadaMu ku berserah~



Tuesday, March 1, 2011

Ya Allah, Ya Tuhanku..
mengapa perasaan ini selalu hadir dalm fikiranku..
mengapa harus aku mengingatinya...
mengapa aku harus memikirkannya...
mengapa harus ku simpankan perasaan ini padanya..

Ya Allah , ku sedar ya Allah..
dosaku menggunung tinggi, tidak terhintung nilainya..
aku sedar ya Halim...
ujianmu ini adalah kafarrah darpd dosa2 ku
jiwa ini terlalu kotor.. iman ini terlalu lemah..
ampunilah aku ya Allah..

Ya Allah bantulah aku, berilahku kekuatan
untukku serahkan cinta ini hanya pdamu
untukku letakkan rindu ini hanya padamu
untuku sandarkan harapan ini hnya kpdmu..

Ya Allah bantulah aku
utk mujahadah melawan hawa nfsu yg lmah ini
tiada siapa yg layak mmbantu
melainkan engkau ya Aziz..

Hanya yg ku pinta..
jika dia untukku..
jauhkanlah diriku dari pada dia..
engkau berilah petunjuk kpd kami..
istiqomahkan aku dlm perjuangn ini..
kurniakan aku kesihatan dan kekuatan
untukku meneruskan perjuangan ini
demi cintamu dan agamamu...>3

Cita-citaku hnya satu.. ya ALLAH..
Syahid utk bertemu dgn mu
di destinasi yg kekal abadi suatu masa nanti...
Ampunilah aku.. ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...