jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Friday, March 11, 2011

Majlis Mahabbah Rasulullah Saw..

Assalamualaikum...
alhamdulillah , Kita perlu memanjatkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan nikmat kehidupan oleh Allah SWT. majlis mahabbah Rasulullah saw peringkat kedua di musolla Az-zahra'berjalan dengan lancar.. dengan kudrat dan eradat nya.pada tarikh 11-3-2011, jam 7.30pm sehingga 11.00 malam sabtu.selawat dan salam buat penghulu segala nabi,,walaupun bulan rabiul awwal telah menutup tirai namun bukan bermakna sudah tidak ada majlis maulud.. hari kelahiran nabi ini bila-bila masa boleh di sambut selagi kecintaan kita buat Muhammad Saw tidak padam.. dan selagi kita mahu syafaat nabi selagi itulah kita meraikan nabi Saw..
majlis pada malam itu sungguh bermakna bagi pencinta-pencinta nabi dgn di mulai solat maghrib berjemaah , zikir, selawat ke atas nabi, berzanji, persembahan nasyid dan puisi danceramahyg di sampaikan oleh ust Zulramli,,. Moga majlis ini dapat meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Nabi SAW..
sayangi dan cinta nabi saw daripada cinta kpd diri kita sendiri...:
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi, “Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”..
cinta nabi tandanya iman kita telah pun sempurna.. selagi kita tidak merasa nikmat utk mencintai nabi maka tiadah sempurna iman kita..:Sabda nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”





~penceramah ust Zulramli~'

kanak-kanak yg memekak perlu letak di atas supaya tidak
menggangu majlis
persiapan menyediakan pai buah..ñyummi~~

zikir munajat dan selawat yg disampaikan oleh pelajar imtaz
selawat ke tas nabi saw..

barangsiapa yg cinta kepadaku maka ikutilah sunnah ku,...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...