jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Monday, November 22, 2010

perkhawinan ikut sunnah.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh..
alhamdulillah termateri sudah ikatan yg suci, lagi menyucikan.
yg membawa jutaan rahmah dan kasih sayang dari Allah swt..
baru dua hari lepas pernikahan di lansungkan...di sebelah pihak perempuan telah di lansungkan..
mungkin lagi 4 bulan baru di pihak lelaki... insya'allah..
suasana kemeriahan di majlis akad nikah di Masjid Teluk Kemang, berhampiran dengan rumah pengantin perempuan..
pada 10.30 pagi kami sampai di Masjid Teluk Kemang, sg mati, Muar johor...
ketibaan pengantin lelaki...
setelah semua ahli keluarga ku sampai.. kni menanti ketibaan pihak pengantin perempuan...





senyuman maut umi dan abangku...
sebelum berangkat...
jom capture dulu sebelum berangkat...
"sucikan jiwamu"

hantaran disebelah pihak perempuan warna hitam puteh
dari pihak kami pun hitam puteh jugak tak sangka sama..
sehati sejiwa lah ktakan.." ^___
_^

kegembiraan anak-anak buahk utk mandapat makngah..
cimuam pertama abangku....

Perkahwinan dan Hukumnya

1. Wajib : Jika seseorang lelaki berkemampuan dan mempunyai nafsu syahwat yang memuncak

2. Sunat : Jika seseorang berkemampuan kahwin tetapi masih dapat menjaga diri jika tak berkahwin

3. Haram : Jika ia tidak mempunyai nafsu dan berkahwin dengan tujuan tidak jujur

4. Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan nafsu tetapi tidak berkemampuan

Seseorang lelaki atau perempuan apabila memasuki dunia perkahwinan bererti ianya telah sampai ke kemuncak kehidupan. Orang lelaki sampai darjat kelelakiannya begitu juga orang perempuan sudah sampai ke kemuncak kehidupan keperempuannya kerana ianya telah sampai ke peringkat tujuan sebenar dua jenis makluk yang dijadikan Allah supaya hidup berpasangan tambahan pula apabila lahir cahayamata hasi perkongsian atau perkahwinan tersebut. Akan timbul pula panggilan bapa atau ibu, anak dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Allah jadikan bagi kamu dari jenis kamu juga (Manusia) isteri-isteri dan Ia jadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu-cucu dan Dia kurniakan kamu rezeki daripada yang baik-baik dan halal, maka adakah patut mereka beriman kepada yang batil dan kepada Allah mereka kufur."


Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula..
Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda..
Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu..
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya..
Dulu esakannya sandar di bahuku..
Tangisannya kini ku serah padamu..
Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu..
Jadikanlah dia wanita syurga.. Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama.. Indah ia pada maksudnya..
Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku
Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu..



kegembiraan vespa nk dapat kakak ipar...





Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

Islam meletakan suatu perkahwinan itu sebagai asas didalam berkeluarga maka membina keluarga adalah berhajat kepada akidah. Matlamat sebuah perkahwinan itu adalah untuk menjaga kesucian nisab, zuriat, keturunan dan menjaga diri dari lembah maksiat.

Nisab, agama, diri, maruah dan harta, Semua agama samawiah yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad SAW bahawa keenam unsur tersebut wajib dikawal, dijaga dihormati bagi menjaga kesucian umat manusia.

Al Quran telah memberikan gambaran hubungan suami isteri dengan pakaian dengan tuan pemakainya. Pakaian memberi pelindungan dari apa sahaja yang bakal menimpa tuan pemakainya.

Firman Allah S.W.T bermaksud: " Mereka (Kaum isteri) adalah pakaian untuk kamu dan kamu (Kaum Suami) pakaian untuk mereka".

Tujuan Perkahwinan adalah:

1. Bagi menjaga nasib keturunan Bani Adam dengan cara yang sah.

2. Menyempurnakan tuntutan seks menurut kehendak-kehendak Allah SWT

3. Bagi menjaga atau menjauhi penyakit yang berpunca daripada nafsu dan seks.

4. Bagi mewujudkan sebuah keluarga yang hidup aman damai, harmoni, kasih sayang antarasatu sama lain.

5. Membangun masyarakat insaniah bersesuaian dengan fitrah insanuah sendiri

6. Mengamalkan sunnah dan syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Dikahwinkan perempuan itu kerana empat perkara. Ada orang mengahwinkan seseorang perempuan itu kerana hartanya, kerana kebangsawanannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah engkau dapatkan perempuan yang beragama kerana tidak binasa engkau".

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhu wamaghfirotuhu waridwanuhu..
alhamdulillah



My BeLoVeD aNd SwEEt FaMiLy...

Saturday, November 6, 2010

Hati Seorang Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya :
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan :
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya :
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?
Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari
jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap
perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali
ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi
kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini
adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Nota : Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

Di Suatu Hari Itu....



bissmillahirrahmanirrahim....

berjalan melihat dan mentafsir.........
kehidupn yang penuh ranjaunya..
4-11-2010~ dari HKL, yayasan aljenderami, putrajaya....

assalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh,..
kaifa imanuki?? moga sehat2 aja insya'allah..

semalam ana dan keluarga jalan2 di sekitar kl, hingga ke dengkil...
kami bertolak dari rumah dalam pukul 11 pagi, ingat nak bawa zara' dan amin sekali, tapi x berkesempatan sebab budak dua tuh tido lagi..Zzzz.. hehehe.:).,

teruskan perjalanan ke HKL.. sesat pulak kat sana cari x jumpa bape kali pusing tempat yg sama , almaklumlah tak selalu round kl.. siap boleh kira lagi tu, ish2.. last kami cuba call abuya, tapi tak diangkat sedih.:'(.. nasib baik kawan leyha ada yg duk kl,so dah pro(wawan time kaseh kerana membantu)... sampai shj di hospital tuh kami terus mencari institusi saraf urat..
tujuan gi HKL ni nak ziarah anak angkat umi, Halim Al-Othmani, kesan dia accident motor agk teuk jugakla, kaki dia kena operate yg ke-4 pada tanggal 2 zulhijah 1431H bersamaan 9 november 2010.. insya'allah mohon doa selamat semuanya... amin..

selepas ziarah kami terus melencur ke destinasi seterusnya ke Yayasan Al-Jenderami di Dengkil.. kali ni nak melawat atok yg sudah sekian lama kami rindu baru 38 hari x jumpa..lama lagak kan..hehehe..



sempat kami solat asar di sana dan bergambar..
.

sakinah,ana,umi,zulayha..
senyum sokmo...:).. macam di masjidil haram pulak.. dreaming~


dari dengkil terus menju ke destinasi yg seterusnya.. Putrajaya~


Taman botani....

puas kami pusing2 di sini kami jejaki pulak satu tempat nama nyer taman wetland(tasik kumbahan)..hehehe penat ooh... umi dah tak larat nak jalan, kesian umi...

Rabbi, sabarkanlah dan redhailahku di penantian ini. Ameen.

bertemu dan berkumpul kami hanya keranamu yA ALLAH.."

pesan kakak pada kami...

Antum harapan ummah,
Yang bakal membina kegemilangan ,
Yang bakal mentadbir negara kelak,
Yang bakal menegakkan agama Islam hingga ke persada Dunia.

Bersamamu seolah sebentar cuma,
Masa amat mencemburui kita,
Jika diber kesempatan lagi,
Mahu saja kami melapangkan masa bersamamu.

Harapan kami hanya satu,
Jagalah seketul daging yang terpahat dalam dirimu,
Agar ianya tidak dicemari dengan perkara yang membolehkan titik hitam itu kelihatan,
Nahnu Uhibbukum fillah!..

pesan umi...
"Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara.."...

Alhamdulillah A'la kulli Hal".. ^____^... moga hari esok lebih baik dari hari ini....



Berita Harian Online | Letusan Merapi terkuat semalam

Berita Harian Online | Letusan Merapi terkuat semalam

Thursday, November 4, 2010

Bantu Hamba mu Ini Ya Allah...

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Hanya iman dalam diri mampu menolong diri,

Antara kasih kepada Robbul i'zzati dan kemahuan diri,

Menitis air mata tika kemahuan diri tidak dituruti,

Lantas kasih dan takut kepada Ilahi.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Usia begini kemahuan itulah ingin dipenuhi,

Mencintai dan dicintai orang dikasihi,

Namun syariat yang suci membatasi,

Semuanya untuk kebaikan diri sendiri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Kugagahi diri menjaga pandangan mata dan hati,

Agar maksiat tidak terjadi,

Agar fitnah dapat dijauhi,

Namun,kadang kala aku tewas dengan nafsu yang menguasai diri,

Lantas kurangnya amalan rukhiah dalam diri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Aku malu padaMu Ya Ilahi,

Saat memandangnya aku membuat dosa terang tanpa sembunyi

Tika dia membalasnya,bertambah malu padaMu Ya Ilahi ,

Kerana aku dan dia tiada ikatan sah suami isteri,

Kerana aku dan dia berdakwah demi Islam dicintai,

Kerana aku dan dia mengaku berjuang demi islam dijulang tinggi

Kerana aku dan dia mengaku berjuang demi mencari redha Ilahi.

Ya Allah ampunkan dosaku,

Ya Allah terimalah taubatku,

Ya Allah teguhkan imanku dengan firmanMu,

Ya Allah teguhkan imanku dengan ketaatanku padaMu,

Tidak sekali-kali kebenaran dan kebatilan dicampuri,

Jika tidak,kecelakaan menimpa diri…

Harapanku,dia juga dibawah jagaanMu

Malah lebih baik dari aku…amin

Pembuka Bicara Atas nama cinta..

Sebuah Kisah Yang Menarik.....
Huraian Lirik Atas Nama Cinta by Unic....
Jommmmm Sama2 Kita MenghayatiNya........

Kata penulis lirik pembuka bicara:
Tika mata,
Diuji manisnya senyuman,
Terpamit rasa,
menyubur harapan.

Al-Faqir yang serba jahil ini menambah dengan izin Allah s.w.t.:-

Perkataan "tika mata" merujuk kepada, sejak daripada mata seseorang manusia melihat akan dunia ini. Oleh yang demikian, maksud zauqi (perasaan sufiyah) dalam perkataan "diuji manisnya senyuman" merujuk kepada segala bentuk keduniaan.

Dunia dan keindahan serta kelazatannya seolah-olah suatu "senyuman" yang menggoda hati manusia agar menghampirinya dan melupakan hakikat asal tujuan kewujudannya di dunia ini. Sejak mata boleh melihat akan keindahan dan kecantikan duniawi ini, hati sudah mula terpanggil untuk berkenalan dengan duniawi ini, di samping melupakan perjanjiannya dengan Tuhannya sewaktu di alam roh lagi, iaitu: "Alastu birobbikum, Qolu bala" (Allah s.w.t. bertanya: Adakah kamu (roh manusia) mengaku Akulah Tuhanmu). Maka, para roh menjawab: "Ya, kami mengakuinya") seperti yang dirakamkan di dalam Al-Qur'an.

Tapi, sejak mata melihat akan keduniaan, hati dan roh mula tertanya-tanya, tentang keduniaan yang dilihatnya. Hati semakin terkeliru, ketikat melihat, seolah-olah dunia dan isinya ini mampu berperanan dalam kehidupannya. Tampak dari sudut zahir, bahawasanya ada yang berkuasa dan berperanan selain dari Allah s.w.t., bagi hati yang tekeliru.

Sheikh Sa'id Hawa mengatakan: "Hijab pertama manusia dari Allah s.w.t. ialah, takkala si bayi sedang menangis mengadu kelaparan dan dahaga, lalu si ibu menyusukannya. Bisik hati si bayi itu, "oh, ada lagi yang boleh memberi rezeki dan mengenyangkan selain daripada Allah s.w.t?"

Kekeliruan inilah yang menjadi hijab pertama bagi seorang insan, dan terus-menerus membesar dengan bersandarkan kepada keduniaan, sehingga terlupa Tuhan kepada dunia dan segala isinya. Sejak kecil lagi, ketergantungannya sudah kepada makhluk, dek si roh tersanggut dalam jasad yang mana, mata menjadi peranan utama dalam memberi persepsi kepada manusia, yang akhirnya mengambil tempat "mata hati" (bashirah) dalam diri manusia.

Kerna itulah, dalam lirik tersebut ada menyebut: "tika mata", kerana dengan sebab matalah, seseorang semakin meninggalkan peranan mata hati, yang merupakan tempat bermu'amalah dengan Allah s.w.t..

Adapun mata jasad, merupakan antara pancaindera yang utama bagi jasad untuk berinteraksi dengan alam kebendaan duniawi ini, sedangkan mata hati, merupakan pancaindera yang paling utama bagi roh untuk berinteraksi dengan alam qudsiyah/ghaib dan berinteraksi dengan Allah s.w.t..

Kerana itulah, ada hadis mengatakan bahawa: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak melihat bentuk tubuh kamu, tetapi melihat hatimu dan amalmu". Adapun dunia dan isinyalah yang melihat bentuk tubuh jasmanimu dan luaranmu. Maka, sesiapa yang mengutamakan bentuk tubuh dan jasad daripada kondisi hatinya, bererti dia telah mengutamakan pandangan dunia dan isinya kepadanya, berbanding pandangan Allah s.w.t. ke atasnya. Dari sinilah, seseorang tahu, siapakah yang diutamakannya, Allah atau isi dunia? Fafham (maka fahamilah).

Tika mata, terpegun dengan keduniaan, seperti kecantikan wanita (atau ketampanan jejaka bagi wanita), kemewahan harta, kemegahan takhta dan sebagainya, maka syahwat dan nafsu mula menyeru insan agar mengejar apa yang diingininya daripada kenikmatan-kenikmatan duniawi sehingga sampai mengabaikan kehambaan kepada Ilahi.

Kecantikan duniawi ini sebenarnya suatu ujian, bagi mata, untuk mata hati. Allah s.w.t. berfirman: "Sesungguhnya, diperhiaskan kepada manusia itu, akan cinta syahwat (keduniaan) dari kalangan perempuan-perempuan (iaitu: lawan jenis), anak pinak, harta benda..."

Allah s.w.t. sendiri menggunakan istilah: "diperhiaskan", dengan membawa maksud, perkara-perkara yang diingini dan dicintai oleh syahwat sebenarnya bukanlah suatu perkara yang cantik, tetapi diperhiaskan agar kelihatan cantik di kaca mata jasmani, walhal, mata hati mengetahui akan kejelekannya.

Diperhiaskan akan duniawi ini tidak lain melainkan untuk menguji para hambaNya, siapakah yang jujur denganNya dan siapa pula yang berdusta terhadapNya, dalam perjanjian "alastu birobbikum" tersebut. Allah s.w.t. pada hakikatnya sudah mengetahui, siapakah dari kalangan roh yang menipu dalam perjanjian tersebut, dan siapa pula yang jujur. Tetapi, sengaja Allah s.w.t. meletakkan manusia ke alam duniawi terlebih dahulu, sebelum melayan para hambaNya dengan nikmat syurga, untuk menjadikan hujah ke atas manusia sendiri, supaya manusia sendiri akan membuktikan kepada dirinya sendiri, bahawa samada dia jujur dalam perjanjiannya ataupun berdusta dalam perjanjiannya terhadapNya. Jadi, dunia inilah tempat ujian.

Kerana itulah, lirik mengatakan bahawa: "tika mata, diuji manisnya senyuman...".

Keindahan dan kemanisan senyuman merupakan suatu kiasan kepada perhiasan duniawi yang dihias untuk menguji, siapakah dari kalangan para hambaNya yang jujur terhadapNya, dan siapa pula yang mendustaiNya? Bagi mereka yang jujur terhadapNya, sudah pasti setelah diberi seorang rasul ataupun setelah sampai ajaran para Rasul, bahawa Tuhan mereka ialah Allah, bukan duniawi, mereka segera menyahut panggilan itu dengan kembali kepada Allah s.w.t., bahkan, sanggup mengorbankan duniawi demi Ilahi.

Inilah yang berlaku kepada para sahabat dan para solihin, di mana, setelah mereka diajarkan agama, dan diajarkan tentang siapa Tuhan yang sebenarnya, dan siapa diri yang sebenarnya, maka mereka terus mengadapkan diri kepada Allah s.w.t. bahkan, sanggup mengorbankan keinginan syahwat nafsu demi Ilahi.

Adapun mereka yang pendusta dan pengkhianat, maka setelah diberitahu bahawa mereka adalah hamba Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. ialah Tuhan mereka sekalipun, mereka tetap terus menjadikan duniawi sebagai kecintaan dalam diri mereka, sehingga mengabaikan Allah s.w.t. dan hak-hakNya. Inilah satu pengkhianatan yang paling besar yang mana, akan mengundang malapetaka yang paling parah (na'uzubillah min zalik).

Ramai daripada mereka yang terhijab daripada musyahadah Allah s.w.t. dengan hijab makhluk, tidak terhijab dengan makhluk melainkan kerana terpedaya dengan kecantikan palsu makhluk, sehingga melupakan kecantikan abadi Al-Khaliq.

Keindahan duniawi ini bisa memukau sesiapa sahaja yang terpandang akan senyumannya, lantas, terpamit rasa di dalam hati, untuk mengharapkan keduniaan, lebih daripada mengharapkan Tuhan. Harapan mereka, keinginan mereka, hala tuju mereka, bahkan matlamat mereka adalah dunia dan kebendaan. Jadilah mereka sebagai hamba-hamba kepada kebendaan seperti sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Celakalah ke atas hamba Dinar. Celakalah ke atas hamba Dirham...".

Dalam lirik ini menceritakan tentang perihal seorang hamba yang terpegun dengan keindahan duniawi, lalu terbit rasa dalam diri untuk mengejar keduniaan demi memenuhi tuntutan syahwat.

* bersambung ~~~~~

Di Atas Nama Cinta....

Huraian lirik Atas Nama Cinta......

Assalamualaikum warahmatullah...
Sekadar berkongsi huraian lirik nasyid "Atas Nama Cinta" yang telah dihuraikan dari hati seorang hamba Allah dengan begitu bernas dan berkesan. Moga sama-sama kita mengambil iktibar dan menghayatinya dalam usaha kita untuk lebih mengenal erti cinta hakiki, iaitu cinta kepada Allah.

Atas Nama Cinta (UNIC)

Tika mata,
Diuji manisnya senyuman,
Terpamit rasa,
menyubur harapan.

Dan Seketika,
Terlontar ke dunia khayalan,
Hingga terlupa
Singkat perjalanan
Tersedar aku, dari terlena,
Dibuai lembut belaian cinta.

Rela aku pendamkan,
Impian yang tersimpan,
Enggan ku keasyikan,
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta,
Pada Dia yang lebih sempurna.

Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,

Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).

Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya hakikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya

Lirik: Atie (Hijjaz Record Sdn Bhd)

˙·٠•●Enhanced by Smiley Central Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Enhanced by Smiley Central●•٠·˙˙·٠•●Enhanced by Smiley Central Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Enhanced by Smiley Central●•٠·˙˙·٠•●Enhanced by Smiley CentralƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Enhanced by Smiley Central●•٠·

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...