jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Sunday, October 31, 2010

Friday, October 29, 2010

lelaki soleh yg menjadi idaman wanita....?

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh....
di cini ana nak beri syarat utk jejaka idaman banat Aziz yg di cari-cari..insya'allah kepada siapa yg sudah memiliki sifat berikut boleh lah serahkan borng utk mencopnya...:)
*Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.



Allahhu'alam bissawab.

--
"mana yg betul dan mana yg salah. kita ketawa ketika gembira, murung ketika bersedih. namun kehidupan yg sebenar-benar kehidupan wujud jika kita sentiasa menjadi diri kita sebenar. tetapi kebanyakan kita cuba menjadi orang lain. mengikuti cara dan personaliti idola dan mentor mereka. tetapi sedarkah.... kita hanya diadili melalui siapa kita dan bukan kerana siapa orang yg kita ikuti. fikir-fikir bersama."

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan, sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.



“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan


Sunday, October 24, 2010

outing di syah Alam...




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh waridhawanuh wamaghfirohu...

alhamdulillah bersyurkur ke hadrat ilahi, ana masih berkesempatan utk outing ngan kakak ana yg tercinta, moga di kesempatan ini dapat megeratkan kecintaan kasih sayang,ketenangan,kebahagian, moga Allah melmpahkan rahmatnya kepada kami agar kasih kami hingga hunjung nyawa kami.. Moga kasih Allah bersama kami..insyaAllah...

kehidupan ini amatlah sempura jika kita sertai dengan iman dan taqwa.. serta hidayah Allah yg sukar diperolehi hanya hamba yang terpilih shj..mendapat hidayah dan taufiq nya.. hidup ini lebih indah jika kita megutamakan agama dalam hidup, dan tidak sempurna kehidupaan ini tanpa iman, jadi kita sempurnakan iman kita agar kita sentiasa dapat meyakini kekuasaan Allah...di kesempatan ini sempat ana berborak dengan kakak2 ana.. syukur,seronok sangat masa tuh...:)

alhamdulillah, semasa berjalan menuju ke ruang solat wanita di masjid Salahuddin Al-Aziz,


kakak ana bertanya "sukarkan untuk menjadi wanita mentup aurat dengan baik"

ana hanya mampu tersengeh:) "memang susah banyaak ujian yg perlu di lalui...tapi nak jadi wanita yg tutup betul-betul macam zaman para auliya' dulu

??? byk kali jugak syida dah cuba tapi tak mampu,kena byk mujahadah..."

kakak bekata, " sabda nabi SAW: "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT...

ana hanya mendengar setiap untaian kata-kata yg keluar dari mulutnya, bukan mudah nak dapat nasihat mcm ni dari kakak sendiri,alhamdulillah, ya Allah kau anugerahkan kepada ku kakak yg sangat baik ini...hatiku berkata...:)

kakaku terus menyambung, "Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


ana tersenyum :), "Umat akhir zaman... sekarang mana dah reti nak tutup2..hari tuh ustazah ada cakap" wajah bukan aurat tetapi ada kalanya menjadi aurat...Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.


kakak ku menyambung nyer," Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.

ana bekata,"Suara bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat... betul kan???

kakak menyambung lagi," Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.

Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.

Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.

Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu....

ana tersenyum..^_^.."nak jadi macam puteri nabi Syuaib..."..teringat kata-kata ustazah Kautsar dalam kelas feqh."Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?

kakak ku meneruskannya..dengan senang hati, sambil memerhati kakak2 ku yg lain..

Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT."

Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya..

MasyaAllah umat akhir zaman..lupakan Rasulullah..:(

kakak ku berkata: moga kita mejadi wanita yg mendapat jaga kehuluran dan batin dengan sempurna agar jauh dari penyakit dunia akhir zaman..insya'allah.. jom solat...

wa'allhu a'alam.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...