jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Friday, September 9, 2011

Hayya Bil Jihad...


Sesungguhnya antara hakikat kehidupan itu, kita memang perlu berkorban kerana jalan mujahadah menuju mahmudah. Tangganya licin dan berlumut, basah dan berselut, tiada perhentian untuk berehat, kerana bukan di sini untuk melepaskan penat. Hiburannya tenang hati di dunia. Bahagia hakiki menanti di syurga. Berjuang ertinya berkorban. Berkorban ertinya terkorban. Terkorban ertinya menderita. Derita asam garam perjuangan. Janganlah lupa. Iringlah pengorbanan dengan air mata keinsafan kerana deraian air mata adalah paling berharga untuk menyimbah api neraka. Semoga selamat di titian sirat. Semoga bahagian menuju syurga abadi. Sabarlah dan tabahlah dalam berjuang...

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ada kalanya manusia keliru dgn istilah `hidup dgn jihad`. Jihad sei bahasa adalah bersungguh2 didlm sesuatu perkara. Surah AlFurqan:52 فَلَا تُطِعِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ وَجَـٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادً۬ا ڪَبِيرً۬ا Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
Dlm mana2 tafsir muktabar mengatakan bahawa jihad besar adalah bersungguh2 mentadabbur AlQuran jika tiada daulah. Disinilah terletaknya kehidupan kita dlm situasi sekarang dimana umat Islam telah jauh dari AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw.
Dengan kefahaman AlQuran yang bersungguh2 inilah kita bergerak dlm lautan mehnah manusia dgn sabar dan tiada kesukaran. Juga sebagai saksi bahawa kita telah melaksanakan kerja2 kita sebagai khalifah di muka bumi. Surah AlHajj:78 وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ‌ۚ هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬‌ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمۡ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...