jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Tuesday, September 6, 2011

kebahagian di dalam hati...

Justeru itu, kerana hatiku terlalu sedih, laluku menatap alquran di dakapan,
Justeru itu, kerana hatiku terlalu gundah, laluku berdiri mencari ketenangan didalam zikiran keinsafan,
justeru itu, kerana hatiku terlalu sakit, laluku lenakan mataku didalam simpuhan sujud.
hingga akhirnya, kekuatan hatiku termiliki, laluku pegang agar ia tidak terguris lagi.
Allah, terima kasih~
sungguh aku letih, ujian itu.
sungguh kadang ku tak termampu, hingga aku faham erti mujahadah sebenar.

Di sini, aku berdiri,
disaat aku sendiri.
Takkan ku lupa hari-hari,
hatiku tersakiti,
lalu ku ubat sendiri,
dengan bantuan Ilahi.

Di sini aku erti,
makna sebenar pencarian yang Hakiki,
untuk kebahgiaan ku sendiri,
mencari kecintaan dan keredhan Ilahi,
hingga hatiku bahagia sendiri~

Kini bahagia,
dalam kesibukkan mencari ilmu untuk dipenuhi didada,
melengkapkan tarbiyah diri,
menyebarkan dakwah tidak pada juz'i-juz'i,
moga mampu menjadi seteguh ummuhat mukminin, isteri-isteri nabi.
Solehah di mata, dan dihati, mampu digenggami.

Allah, permudahkan saya~ :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...