jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Tuesday, February 8, 2011

Madrasah darul uloom tinggal kenangan~


Begin with
HIS name
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
In The name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Salam 'alaykum wbt to all readers. Alhamdulillah, dengan segala limpahan nikmat, karuniaNya, dapat lagi hamba yang bertuah ini, menghembuskan nafas, menghirup udara nikmat dari kasih sayangNya. Kerap kali bertanya dalam diri, agaknya, bagaimana jika tiada kasih sayangNya dilimpahkan kepada hamba yang sedia dhoif ni? Moga kasih sayangNya, tetap dilimpahkan keatas hamba-hambaNya, agar kita boleh menjadi hamba yang bersyukur, insyaAllah.

Dalam tempoh ku mengenal dunia juga, ku bertemu dengan bermacam-macam manusia, tidak terkecuali, sahabat-sahabatku. Bermacam sifat ku temui dalam diri mereka, kadang membuatku gembira, tapi selama ini, yang ku jumpa, gembira yang sebentar bersama mereka, tiba terlihat kecacatan, ketidaksenangan kembali mengusik.

Sejak ku kenal erti dakwah dan terbiyah, ku cuba mencari sahabat, Rabbi, hanya Kau yang tahu, betapa diri sering dilukai. Kadang ku cuba meyakinkan diri, tidak semua yang kita mahukan, akan kita dapat. Tapi ku cuba juga mencari, kerana ku tahu, mutiara tidakkan mudah dicari, tidakkan mudah dijumpai. Ia hanya akan ternampak, setelah kita bersusah payah mencarinya. Begitulah sahabat dalam hatiku. Aku perlu sahabat yang boleh membimbing daku, menegur daku, dan menarik diriku andai ditakdirkan aku jatuh.

Hari ini, Allah telah membawaku, berjumpa seseorang, yang telah lama dihadapanku, tapi mata tidak pernah nampak. Setia menanti, walau fitnah mengundang.

Sahabat, bermacam sentuhan kau beri kepadaku, tapi maaf, aku tidak pandai menyulam madah indah, bermacam perilaku kau tunjukkan untuk memberitahu yang kau hadhir disisiku, tapi maaf, ku tidak nampak dengan mata kasar, hanya dari hati ke hati, yang mampu membina jambatan hati antara kita.

Mungkin kerana nasib kita sama, kita sering bertukar rahsia hati, kita sering bersama, tapi kenapa dulu hanya sebentar-sebentar. Tiba kau kata dengan bersungguh, 'uhibbukifillah', ya Allah, sungguh menyentuh, kata-katamu kali ini, mampu membuatku berfikir panjang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs498.snc3/27213_385108486267_301729376267_4463069_7157613_n.jpg
ya Allah,
andai benar Kau hadhirkan dia untukku,
Kau berilah kami satu hati yang tidakkan pernah berpecah.
Kau jadikalah aku bersyukur keatasnya,
kau jadikanlah dia berlapang dada menerimaku.
YaRahman,
kau utuhkanlah cinta kami,
jangan Kau pisahkan kami, sebelum redhaMu belum kami kutip,
sebelum mahabbahMu belum kami semai.
Jangan Kau pisahkah kami, tatkala ujian, fitnah, datang menerkam,
sebaliknya, jadikanlah kami orang yang Kau pilih untuk menjdai hamba yang bersabar,
Jadikanlah kami seperti embun dipagi hari yang mampu memberi ketenangan diantara hati-hati kami,
jadikanlah kami seperti matahari yang mampu memberi cahaya kepada kehidupan kami,
jadikanlah kami seperti awan yang mampu menurunkan hujan dikala teriknya matahari memancar,
dan jadikanlah kami seperti air yang mampu melembutkan batu yang keras.
ya Rahim,
kukuhlah ikatan aqidah kami, agar tak terputus, agar ia tetap memancar hingga malaikat maut muncul tiba,
dan panjangkanlah ikatan kami, hingga disana kelak.
Jadikanlah kami insan-insan yang bahgia disisiMu.

Sahabatku fillah,
aku tidak pernah mengharapkan yang sempurna,
aku hanya harap,
kau sentiasa disisiku,
Menguatkanku dikala ku lemah tidak berdaya,
Mensaihatiku dikala aku alpa dengan maksiat dan dunia.
menarikku apabila ku jatuh kelembah dosa.

Sahabat,
simpanlah kata-kata ini,
'sahabat mampu membawa kita kegerbang syurga, namum sahabat juga mampu membawa kita mengetuk pintu neraka'
Jadikanlah kata ini sebagai perangsang agar kita tetap dijalanNya.
siti maryam bt.johar

Teringatku pada sepotong hadis,
Sabda Nabi SAW, ”mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik-baik manusia?” Para sahabat menjawab, ”mahu wahai Rasulullah,” Baginda bersabda, di ”Iaitu orang yang apabila kamu memandangnya, maka akan menjadikan kamu ingat kepada Allah.” ( Ibnu Majah)
Moga dikaulah insan itu.

Aku tidak mengharap seorang sahabat yang can
tik wajahnya,
jika hanya merosakkan islam,
tidak juga mengharap seorang yang pandai bermadah,
hanya untuk satu helah menipu diri yang sudah sememangnya dhaif,
tidak pula mengharap yang pintar,
jika hanya kepintaran itu membuatkan kau melupakan Tuhan,
dan tidak menharapkan yang hartawan,
jika harta itu membuat kau tersimpul senang dengan nikmat dunia pinjaman.

sahabat,
Teguhkanlah iman dalam diri..
Moga dikau akan merasai..
Betapa indahnya nikmat Ilahi..
Yakinlah dikau akan dirahmati..
Harus kau percaya dgn pasti..
Dunia tidak kekal abadi..
Hanya menguji cekalnya hati..
Sebagai khalifah sejati..

ustazah ku yg comel^^ dirimu kan ku kng sampai bila-bila...:)
ustzah tasnim b. Roslani

sahabat,
dijalan Allah persahabatan ini bukanlah milliku,
dan bukan juga milikmu,
kerana ia merupakan perancangan Allah yang telah tersedia,
kerana Dialah, kau dan aku bertemu,
kerana Dialah, kau dan aku menyatu,
dan kerana Dialah, ukhuwah ini terbina dengan berbagai suka dan duka,
sungguh, persahabatn ini sudah terisi dengan kasih sayang,
ingatlah, ukhuwah itu akan indah, hanya keranaNya.

ukhti rauhah dan ukhti raudhah ^^

" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat y
ang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suk
a dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-

Ya sahabi, inni uhhibbuk fillah, Lillahi Ta'ala.

ya Allah, berilah keberkahan dalam tiap umurku, keredhaan disetiap langkahku, dan kerahmatan disetiaphela nafsku, amin ya Rabb.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...