Saturday, April 28, 2012
zikir dan doa
doa atas adalah doa utk kuatkan hafalan (3x pg dan ptg) dan zikir dibawah utk futuhal 'ilmu (100x shari) dari alhabib umar benhafidz ketika majlis perasmian pusat pengajian pondok moden Ad-darain, agar dibukakan futuhal ilmu kpd kita kemuadian sambung dengan perbanyakkan solawat fatih, oleh al fadhil ustaz uwais al qarni..selamat beramal~
# rindupadahabibumarT_T
Friday, September 9, 2011
Hayya Bil Jihad...

Sesungguhnya antara hakikat kehidupan itu, kita memang perlu berkorban kerana jalan mujahadah menuju mahmudah. Tangganya licin dan berlumut, basah dan berselut, tiada perhentian untuk berehat, kerana bukan di sini untuk melepaskan penat. Hiburannya tenang hati di dunia. Bahagia hakiki menanti di syurga. Berjuang ertinya berkorban. Berkorban ertinya terkorban. Terkorban ertinya menderita. Derita asam garam perjuangan. Janganlah lupa. Iringlah pengorbanan dengan air mata keinsafan kerana deraian air mata adalah paling berharga untuk menyimbah api neraka. Semoga selamat di titian sirat. Semoga bahagian menuju syurga abadi. Sabarlah dan tabahlah dalam berjuang...
Wednesday, March 23, 2011
Majlis Bersama Habib Mumzir Al-Mussawa..

MAJLIS BERSAMA AD-DAIE ILALLAH
AL-HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA
Pengasas & Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta .
1)Kunjungan beliau ke MASJID NEGERI, SHAH ALAM pada hari Sabtu, 21 Rabiul Akhir 1432/26 Mac 2011. Majlis bermula jam 7.00 petang
Aturcara majlis:
*Bacaan Wirdul lathif
* Azan/Solat Maghrib
* Bacaan Maulid ad-Dhiya al-Lame’
* Qasidah
* Ceramah oleh Habib Munzir (dalam Bahasa Melayu)
* Solat Isya’/bersurai.
2)Kunjungan beliau ke MASJID ALBUKHARY,JALAN HANG TUAH, KL pada hari Ahad, 22 Rabiul Akhir 1432/27 Mac 2011. Majlis bermula jam 7.00 petang.Majlis adalah bersempena dengan Haul Alhabib Umar Bin Abdul Rahman Alattas (Sohibul Ratib) & Alhabib Abdul Qadir Bin Ahmad Asseggaf
Aturcara majlis:
*Bacaan Wirdul lathif
* Azan/Solat Maghrib
* Bacaan Ratib AlAttas & Asmaul Husna
* Ceramah oleh Habib Munzir (dalam Bahasa Melayu)
* Solat Isya’/bersurai.
Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Mohon disebarkan!!
Jazakumullah khairan kasiran
Thursday, March 17, 2011
Solla alan Nabiyy'..
"Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad " ..
Ya Rasulullah Ya Habiballah Ya Nabi Allah
Salamun Salam Anbiya' Allah Khususan Muhammad Putra Abdullah s.a.w
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Solli 'alaihi Wasallim
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Ballighul Wasilah
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Khus-sohul Bil Fhadilah
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Wardho 'Anis Sulala
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Wardho 'Anil Masyaikh
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Farham Walidina
Ya Robbi Solli 'ala Muhammad , Ya Robbi Nakhtim Bil Musyaffa'
" Allahumma Solli WaSallim WaBarikh 'Alaihi Wa'ala alih "
Ya Rasulullah Ya Nabi Allah Ya Allah
Kami mohon padaMU Ya Allah akan Hak Syufaat KekasihMu Penghulu Kami
Syufaatkan Kami Ya Allah Ya Rahman Ya Lathiff
Golongkan kami semua di dalam golongan mereka yang berhak mendapat
Syufaat kekasihMu penghulu kami Muhammad Putra Abdullah s.a.w
Allahuma Amin..
═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════
░▓ Allahümme Salli Ala Seyyidina Muhammed (s.a.w) ▓░
═════════ஜ۩۞۩¤இஇஇ¤۩۞۩ஜ═══════════
malam jumaat~

salam alaykum...
alhamdulillah..dapat juga saya menghabiskan surah al-kahfii.pulun utk mengahbiskannya,terkumat kamit lidah mengalunkan memecah sunyi malm di dalam bilik dgn alunan ayat al-quran.. x deklah panjang mana..
Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
esok hari jumaat.hari jumaat adalah hari penghulu kpd sgala hari ia dinamakn sbgai (SAYYIDUL AYYAM) dan hari jumaat terdapat amalan khusus yg dimana klu kita mengamalkannya berganda pahala yg kita dapat..
Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.
kelebihan:
Membaca surah Al Kahfi. Nabi Muhammad ada bersabda
Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.
Memperbanyakan doa.
Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang mulim salat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit.
memperbanyakan selawat.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
= ayuh apa tunggu lagi.. jum kita tingkatkan kualiti dan kuantiti kita dan beribadah..
Tuesday, March 15, 2011
kiamat kecil....
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.
Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.
= Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.
di petik dari :facebok
Cinta kerana Allah...

Assalamualikum warahmatuallahi wabarakatuh
mood:saya pernah terfikir tentang remaja2 yg bercinta..apabila mereka sudah biasa dengan maksiat, mereka x mampu utk knal maksiat itu sendiri. mungkin ALLAH telah mengazab mereka jauh dengan-nya, lantaran mereka membiasakan diri mereka dgn maksiat tanpa menyucikan hati. moga kita semua di jauhkan Allah dari hal ini. namun ada satu perkara yg sering bermain di minda.
persoalan: Adakah bercinta kerana ALLAH itu melalaikan...????
natijahnya: ciri-ciri yg di maksudkan adalah cara bercinta itu sendiri krn allah..bgaimana ye??
"Cinta adlh perasaan jiwa dan tarikan hati. ia adlh fitrah islam mengiktiraf cinta fitrah ini dan menggariskan 3 perinkat cinta iaitu cinta agung,cinta pertengahan dan cinta hina..
1- cinta paling agung sudah tentu cinta kpd Allah,rasul dan jihad di jlnnya.tiada cinta yg boleh menyamai cinta ini..
2-cinta pertengahan ialah cinta yg terhasil drpd ikatn seseorng dgn seseorg yg di kasihinya sama ada dengn ikatan akidah,keterunan,kkeluargaan,kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan
3-cinta yang hina ialah cintakan taghut,syaitan musuh-musuh allah,hawa nafsu syahwat dan mengutamakan kasih terhadpa ibu bapa,anak2,isteri,keluarga, perniagaan dan kasihkan negara melebihi kasih Allah dan rasul dan jihad di jalannya".
"Sebenarnya dlm islam tidak ada langsung istilah cinta bagi mereka yg masih belum ada ikatan perkahwinan.lihatlah 3 peringkat cinta di gariskan,adakah islam mengiktiraf cinta kpd teman lelaki? hatta cinta kpd tunang pun x diiktiraf inikan pula kpd tman lelaki.. Bagaimana kita boleh menganalisis ciri2 pasangn yg bercinta krn Allah jika istilahnya pun x diiktiraf? ingat, hal ini berbeza dgn 2 org insan yg salng jatuh cinta krn Allah dan menahan dirinya drpd asyik bercinta sehinggalah syariat menghalalkanya.Cinta yg hakiki adalh milik ALLAH itu sendiri, kemudian Rasul-nya, kemudian barulah selain mereka.
= kadang2 manusia tersalah anggap cintanya krn ALLAH padahal penciptaanya menyebabkan makhluk di angungkan drpd pencipta sendiri.. mungkin matlamat da betul cuma jalm nya tak selaras dan tak cocok dgn syariat dan perbatasan..
= tapi klu dah tak sabar elok lah di percepatkan krn dalm islam ada 3 perkara yg perlu di segerakan..
1-apabila solat telh masuk waktunya
2-jebazah yg hendak di kebumikan
3- apabila anak gadis sudah bertemu calon suaminya..
~sebelum kawin andai terbit rasa cinta antara 2 org,mereka perlu di segera jodohkan. bukan sng nak mujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorg..lagipun bila cpt kawindpt mengurangkan maksiat hati yg di lakukan sepanjang percintaan... syariat tetap terpelihara barulah cinta Allah sinar dari hati...."..
insyaállah Waallahua'lam bissawab..
ilal liqo''..
Monday, February 28, 2011
Cinta Allah CInta Rasul SAW..
“Rupa-rupanya dalam kehidupan ini, ramai manusia yang sakit hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain daripada Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan” -Pahrol Mohd Juoi, Tentang Cinta.
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi Rasulullah melebihi orang lain” (Sahih Muslim).
Sudah menjadi fitrah alam, setiap mukmin memilih untuk mencintai Allah dan Rasul. Untuk itu mereka sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi membuktikan kecintaan kepada Allah dan juga mereka sanggup bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kepada Allah.
Cinta agung yang pernah terakam dalam sirah perjuangan Rasulullah S.A.W ialah cinta sahabat terhadap baginda. Mereka tahu cinta Allah lebih besar. Kenal Allah bererti merasakan keindahan ciptaan-Nya, keizzahan-Nya, kegagahan-Nya, kasih-sayang-Nya dan semua sifat kebesaran-Nya.
Kisah Abu Hurairah menjadi contoh bagi cinta Allah. Ketika Abu Hurairah hampir menemui ajalnya, mulutnya mengukir senyum dengan wajahnya yang berseri-seri. Apabila ditanya mengapa wajahnya berseri-seri, beliau menjawab ”bukankah kematian akan menemukan aku dengan Allah dan Rasulullah yang paling aku cintai?”
Inilah sifat kekasih Allah. Mati ibarat satu platform untuk mereka bertemu dengan Allah dan Rasul sehingga terkenal di kalangan mereka akan kata-kata “bukankah mati syarat menemui cinta?”.
Bagi mereka cinta Allah dan Rasul kekal selamanya. Inilah sifat pejuang cinta kelas pertama. Bagaimana pula dengan sifat pejuang cinta kelas kedua? Mereka dibaratkan seperti kisah cinta Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dan Lady Diana dan Dodi Al-Fayed yang hanya menjadikan manusia sebagai cinta agung buat mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya.
Impian yang ingin dibina bersama hanyalah tinggal janji semata kerana cinta yang dipertahankan putus di tengah jalan akibat mempertaruhkan cinta yang terpesong daripada landasan syariat sebenar. Harapan tinggal harapan. Cinta tin kosong!
Golongan syabab pada hari ini terus dibuai arus pergolakan cinta antara XX dan XY. Konon mengatakan “cinta kami kerana Allah” dan ada pula yang mengatakan “kami dah tetapkan syarat, no sms, no call”.
Ingatlah, guideline yang dicipta berselindung di balik trademark cinta kerana Allah tidak wujud sama sekali! Yang ada hanyalah cinta yang bertuankan manusia dan lebih parah lagi, ia membawa kepada zina hati! Apa erti semua ini?
Di mana generasi syabab yang bakal mewarisi perjuangan Islam andai nafsu serakah tunduk merajai segala tindakan kita. Mengapa cinta haram yang dipertahankan?.
Cinta Allah- cinta kudus yang dianugerahkan kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Allah akan membalas cinta kita tanpa kita sedari dan pinta. Bukan seperti cinta manusia yang sering meminta untuk dibalas malah ada juga yang menagih cinta yang melampau daripada pasangannya.
Allah membalasnya dengan balasan yang berlipat kali ganda dan Allah tidak pernah mengungkit andai cinta yang dikurniakan kepada hamba-Nya tidak dibalas sama dengan apa yang diberikan-Nya.
Firman Allah: Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman sebaik-baiknya. Oleh itu, Anas R.A. berkata ”kami tidak pernah bergembira sebagaimana gembiranya kami dengan sabda Rasul S.A.W., “Seseorang itu bersama dengan orang yang dia cintai”. Lantas Anas berkata, “Aku mencintai Rasul, Abu bakar dan Umar. Dan aku harap dapat bersama mereka”.
Wah, begitu tulusnya cinta mereka! Cinta Allah dan Rasul tiada bersyarat; semestinya menjadikan kehidupan manusia tenang dan damai kerana cinta mereka hanyalah meletakkan Allah sebagai ghayah utama dalam ranjau kehidupan mereka.
“Cinta kudus disulami dengan matlamat dan pelaksanaan ke arah itu. Tapi harus diingat, matlamat tidak menghalalkan cara andai cinta XX dan XY dibayangi slogan cinta kerana Allah.
Sebenarnya,tidak wujud perumpamaan “aku mencintai Asiah kerana Allah”. Siapa Asiah di sisi kita kerana dia belum tentu menjadi milik kita yang sah! Sebaliknya tanya pada diri, siapa diri kita di sisi Allah? Layakkah kita memiliki dan memberi cinta kepada manusia lain sama seperti cinta yang dianugerahkan Ilahi kepada makhluknya?
Ayuha syabab, lakukan anjakan paradigma! Bina tali hubungan dengan Allah. Sibukkan diri kalian dengan perkara yang membina potensi diri dan menyumbang kepada Islam. Tetapkan visi dan misi hidup kalian.
Rancanglah segala aktiviti kehidupan kalian dengan sempurna dan dalamilah ilmu sebanyak mungkin seperti menghadiri majlis-majlis ilmu agama. Mengapa dilepaskan ‘hidangan taman-taman syurga dunia’ di depan mata?
Bukankah ia memberi 1001 manfaat kepada diri? Banyakkan berzikir dan beristighfar memuji kebesaran-Nya, tanda kalian mencintai Allah. Sesungguhnya, rawatan hati ini amat penting bagi kalian yang bergelar syabab kerana tika inilah nafsu kalian teruji. Nafsu ibarat raja bagi hati. Kalau ikut kata hati, binasalah badan. Kalau ikut kata iman, selamatlah jiwa.
Sebagai bukti cinta kepada Rasulullah, lazimilah lisan kalian dengan berselawat ke atas Rasululullah S.A.W sedangkan Rasulullah sendiri ketika di saat-saat menghembuskan nafas terakhir, baginda masih sempat lagi melafazkan “umatku.. umatku.. umatku”.
Begitu tinggi kasih dan cinta yang ditunjukkan kepada umat baginda. Persoalannya, apakah tindakan kita,umat baginda untuk membalas cinta Rasulullah S.A.W ini?
Thursday, November 4, 2010
Di Atas Nama Cinta....
Assalamualaikum warahmatullah...
Sekadar berkongsi huraian lirik nasyid "Atas Nama Cinta" yang telah dihuraikan dari hati seorang hamba Allah dengan begitu bernas dan berkesan. Moga sama-sama kita mengambil iktibar dan menghayatinya dalam usaha kita untuk lebih mengenal erti cinta hakiki, iaitu cinta kepada Allah.
Atas Nama Cinta (UNIC)
Tika mata,
Diuji manisnya senyuman,
Terpamit rasa,
menyubur harapan.
Dan Seketika,
Terlontar ke dunia khayalan,
Hingga terlupa
Singkat perjalanan
Tersedar aku, dari terlena,
Dibuai lembut belaian cinta.
Rela aku pendamkan,
Impian yang tersimpan,
Enggan ku keasyikan,
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta,
Pada Dia yang lebih sempurna.
Bukan mudah,
Bernafas dalam jiwa hamba,
Dan ku cuba,
Menghindarkan pesona maya,
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka,
Di atas nama cinta,
pada yang Selayaknya,
Ku nafikan yang fana,
Moga dalam hitungan,
Setiap pengorbanan,
Agar disuluh cahaya redhaNya,
(Agar disuluh redhaNya).
Biar sendiri hingga hujung nyawa,
Asal tak sepi dari kasihNya,
Kerna sesungguhnya hakikat cinta,
Dia yang Esa.
Saratkan hati ini,
Dengan cinta hakiki,
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya, RedhaNya
Lirik: Atie (Hijjaz Record Sdn Bhd)
˙·٠•●
Thursday, August 20, 2009
penghalang menunutut ilmu
Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.
Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis
“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. (1)
Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.
Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi..
Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang:
1. Niat yang rosak
Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rusak maka rusaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” (2)
Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan karena Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.”
2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil
Coba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terbersit di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang bisa selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Karena seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…
Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” (3)
Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin / senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :
“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan banrangsiapa yang beramal karena riya maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” (4) Naudzubillahi mindzalik.
3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu
Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, niscaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!
4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan
Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Coba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???
5. Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu lapang.
Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)
Karena itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, laki-laki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.
Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai kapankah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”
6. Bosan dalam menuntut ilmu
Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan bisa mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan:
” Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya” (5)
Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada obatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh karena itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai Anda mendapatkan nikmatnya ilmu.
7. Merasakan Diri Hebat
Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.
Allah TA’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)
8. Tidak Mengamalkan Ilmu
Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)
9. Putus Asa dan Rendah Diri
Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78)
Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.
Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.
10. Bertangguh
Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan merusak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.” (6)
11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah
Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah karena ahlul bid’ah merasa ridha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.
*bid'ah: sesuatu yang direka-reka
12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu.
Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, karena belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.
Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,”Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”
Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,”Dikataka n kepada Imam As-Sya’bi ’Darimana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,’Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak.”
