jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Selamat Berjuang.. Adikku Sayang...



Bissmillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah segala puji bagi Allah...

wahai adikku sayang..
Muhammad isfahan, Muhammad Ali Imran, dan Muhammad Aizat Farhan

Moga dirimu kuat,cekal dan tabah mengharungi perjalanan kehidupan dalam perjuangan mencari keredhoaanya...
kuatkan kesabaranmu biarpun mehnah ujian datang menghujan, walaupun susah utk dapatkan saba' jangan sedih dan putus asa teruskan perjuangan,Allah beri ujian pada hambanya, untuk kita nk uji kita mampu atau tidak membawa risalah baru dalam hati kita.bukannya senang untuk kita menghafaz ayat suci ini...
adikku yg ku sayangi..
tsabatkan hatimu biar apapun terjadi..kuatkan keyakinan,keimanan,pendirian bila kita bersungguh tekun,rajin dalam mendapatkannya, insya'allah Allah bantu kita..tapi bila kita sia-siakan masa dgn begitu sja.. Allah akan biarkan kita.. selalulah minta padanya,jgnlupa.* tahjjud* *hajat* *taubat*. agar Allah bantu dan pelihara kita dan juga apa yang kita hafal meresap ke dalamjiwa sanubari kita untuk kita mengamalkannya dan mengingatinya agar ia terzahir pada akhlaq kita...
adekku yg ku rindui....
jangan biarkan ayat2 suci shj yg tersemat hebat di hatimu malah ubahlah akhlaq dan perilaku budi perkertimu sepertimana kesucian al-quran yg ada pada hatimu, cantikanlah ia jadikanlah dirimu mujahid yg berbudi pekerti da indah akhlaqmu.. contohilah rasulullah ikutilah ajarannya..hormati org tua dan jaga adab-adabmu amalkan sgla apa yg kamu pelajari jadikan ianya sebagai pakaianmu..
Adekku kamulah harapan keluarga,janganlah kamu menghampakan cita-cita dan harapan kami. peganglah cita-cita dan azammu agar suatu hari nanti kamu boleh menjadi seorang yg hebat dan hamba Allah yg bertaqwa..
Addekku yang ku kasihi..
peliharalah hatimu dari dunia dan isinya janganlah kamu terpesona dgn keasyikan dan permainan nya.kuatkanlah kecintaanmu pada Allah ,rasulnya dan ilmunya dan para-para sahabat.teguhkanlah pendirianmu, engkaulah generasi warisan nabi, hanya kamu adekku coraklah dirimu dan didiklah hatimu selalu dgn bermuhasabah setiap detik dan ketika dgn apa yg kamu lakukan.. bergantunglah dan berserah hanya pada nya yg esa.istiqomah dengan amalan,jgn leka dengan dunia yg fana. merendahlah dirilah dalam apa jua keadaan tetapkan kesabaran di hatimu... carilah cinta Allah dan redhonya... kau akan ke temu dgn cinta yg sejati...

SELAMAT BERJUANG ADEKADEKKU SAYANG TERUSKAN PADA JALAN KEBENARAN PEGANG WASILAH INI INGAT JANJI KITA..JANGAN MENGALH DAN KALAH DALAM PERJUANGAN MENUJU ILAHI...
HAYYA RIJAL HAYYA BIL JIHAD...


*SITI FARHANA*
*MUHAMMAD ALI IMRAN
*MUHAMMAD AIZAT FARHAN*
*MUHAMMAD ISFAHAN*


*anak-anak pak cik aziz *_*

#ibrah untuk adik-adik...
#saya sayang adik-adikk saya...<3

Friday, October 29, 2010

lelaki soleh yg menjadi idaman wanita....?

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh....
di cini ana nak beri syarat utk jejaka idaman banat Aziz yg di cari-cari..insya'allah kepada siapa yg sudah memiliki sifat berikut boleh lah serahkan borng utk mencopnya...:)
*Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.



Allahhu'alam bissawab.

--
"mana yg betul dan mana yg salah. kita ketawa ketika gembira, murung ketika bersedih. namun kehidupan yg sebenar-benar kehidupan wujud jika kita sentiasa menjadi diri kita sebenar. tetapi kebanyakan kita cuba menjadi orang lain. mengikuti cara dan personaliti idola dan mentor mereka. tetapi sedarkah.... kita hanya diadili melalui siapa kita dan bukan kerana siapa orang yg kita ikuti. fikir-fikir bersama."

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan, sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.



“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...