jalan Tarbiyyah itu sangat indah.....

Sunday, October 30, 2011

jazakallah khairan kasiroh.. abuya...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi masih berkesempatan menghirup udara segar di georgtown pulau pinang, besama family tercinta.. moga perkumplan kami ini di naungi rahmat dan kasih sayang Allah berkekalan hingga hujung nyawa serta bertambah simpulan erat antara kami demi mencari keredhoan Allah... terima kasih abuya <3









Friday, September 9, 2011

kecantikan wanita ???

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.

Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.



Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.

Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!

Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu,iman memujuk,

Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.

Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah dilidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan Hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari
InsyaALLAH, ya Rabbal Alamin..

Hayya Bil Jihad...


Sesungguhnya antara hakikat kehidupan itu, kita memang perlu berkorban kerana jalan mujahadah menuju mahmudah. Tangganya licin dan berlumut, basah dan berselut, tiada perhentian untuk berehat, kerana bukan di sini untuk melepaskan penat. Hiburannya tenang hati di dunia. Bahagia hakiki menanti di syurga. Berjuang ertinya berkorban. Berkorban ertinya terkorban. Terkorban ertinya menderita. Derita asam garam perjuangan. Janganlah lupa. Iringlah pengorbanan dengan air mata keinsafan kerana deraian air mata adalah paling berharga untuk menyimbah api neraka. Semoga selamat di titian sirat. Semoga bahagian menuju syurga abadi. Sabarlah dan tabahlah dalam berjuang...

ummi, hanya ALLAH yang tahu..


Duhai umi....
Allah mendengar suaramu,
ketika hampir semua urusan di rumah dan luar rumah
di kau tunaikan sempurnanya,
tabahlah,umi sedang suamimu sedang suamimu tiada buat menemani peraanmu,
kerana Allah taala telah memberi peluang pada umi,
memilih pintu syurga mana yang umi dihajati umi...

jika umi rasa lelah dan tiadak berdaya
dan segala enaga telah dicurahkan
untuk mengakkan deen kebenaran
mengasuh kami anak-anak dengan didikan agama yg sempurna
sedarlah Allah tahu,betapa umi keras berusaha
dan bahawa Allah mahu mengampuni dosa umi...
tika tangisanmu umi sekian lama
dan hatimu tersa pedih..

ketahuilah...
Allah telah mengitung setiap titis air matamu,
bagi memadam api neraka yang membakar,
jihadmu gagah seperti saidatina khodijah
tabahmu merelekannya seperti siti hajar.
sungguhnya aku kagum mendapat ibu sepertimu...
bukan mudah untuk menjadi seorang yg menelan segala kepahitan
dalam kehidupan....

ummi, sedarlah..
bahawa ingin memberi ummi pahala sabar,
di sekolah kehidupan ini,
ketika di kau sendirian..
dan anak-anakmu dengan haluan sendiri...
dengan berbagai ujian yg di lalui,
umi melaluinya dengan menambat ikhlas
agr mendapat mardhotillah...

umi di kau ibu,mithali...
mengajar,mendidik,mengasuh kami
dengan kasih sayang
mengenal tuhan yg maha esa,
pengorbanan mu terlalu besar buatku
untuk daku menghargainya..
umi tika sesuatu itu berjalan dengan sempurna
tandanya Allah telah memberkatimu
tika sesuatu yang indah terjadi
dan hatimu penuh ketakjuban,
maknanya Allah sedang merahmatimu..
tika umi menapak lemah di usia ini
namun dakwah mu telah menyusur alur
di buana ini waalaupun bermacam-macam yg di kau lalui..
cercaan,cacian dan segalanya...
nmun kau tabah dan gagah berdiri... demi mengakkakn syiar islam

umi....
dikaulah permata hatiku
sinar cahaya dalam diri ini...
tanpamu umi, siapalah diriku ini......
terima kasih atas segalanya,umi..
redhokan dan restuilah anakmu ini berjuang di medan perjuangan..
jasamu tetap di sanubari......

jangan lupa doakan yg terbaik utj syahidah umi...
insya'allah syida takkan lupa doa untuk umi.....
i luv you from bottom of my heart....@_@

Thursday, September 8, 2011

satu nukilan khas....

perjuangan kita bermula di sini
di bimbing guru mursyid dan berani
dalam mencari redho ilahi...
itulah janji kita di hati

Akhlaq terpuji menjadi ikutan
dunia akhirat seiring sejalan.
berilmu bertaqwa jadi impian,
alquran sunnah jadi pedoman

imtaz dan baituz zahra'
madrasah yg kami cintai,
namamu yg ku sanjungi tinggi,
di seluruh pelosok negeri..

ya Allah Kami telah engkau satukan
dengan rahmat dan kasihmu,
kekalkan tali cinta kami
hingga ke dunia d sana..

semaikanlah dalam sanubari kami
cinta kepadamu,
cinta para kekasihmu,
cinta kepada ilmumu,
bantulah kami, dalam berjuang
menuntut ilmumu...

supaya bersatu dalam mencari redhomu...
amin ya rabalalamin.....

bantulah Aku Ya Allah....

“Ya Allah, tenggelamkan aku dalam kecintaan-Mu agar tiada satu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu. Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang memeranngi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setelah sampai ke helaian yang terakhir, terasa air mata menitis di pipi. Syukur Ya Allah, masih ada masa untuk menginsafi kelemahan diri, masih ada peluang untuk meningkatkan iman di hati.
Saya sedar, pemilik cinta hati ini setelah Allah dan Rasul ialah satu-satunya lelaki bergelar suami. Redha Allah bagi seorang wanita yang telah berkahwin adalah bergantung kepada redha seorang suami ke atasnya. Alhamdulillah, sempat saya bermuhasabah diri.

Wahai diriku yang amat aku sayangi, teruslah bermujahadah! Kebahagiaan itu memerlukan pengorbanan. Pengorbanan seorang insan yang penuh dengan rasa kehambaan. Semoga ada keberkatan pada permulaannya, pada pertengahannya dan pada pengakhirannya. Amin Ya Rabbal Alamin…
“Ya Allah, teguhkan kekuatanku dengan adanya dia. Jadikan dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepada-Mu dan banyak mengingati-Mu.” [Taha: 31-34]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...